Thursday, February 02, 2012

Bubu's 29th birthday

Assalamualaikum....



Lapan Januari 2012 yang lepas merupakan hari lahir encik suami yang ke dua puluh sembilan. 29. tapi nampak macam 22 je kan? ecewah! Hikss!! Seperti tahun yang lepas-lepas, si isteri cuba membuat satu kejutan buat encik suami. Pada dua tahun lepas, kejutan adalah seperti INI dan pada tahun lepas pula adalah INI.

Tahun ini agak berlainan sedikit dengan tahun-tahun yang lepas. Tema tahun ini berdasar kan kepada minat suami yang sangat-sangat mendalam dengan team bola Barcelona.

Al-kisahnya begini... seminggu sebelum birthday suami, dok pikir-pikir apa la nak buat untuk his birthday. Tiba-tiba terfikir nak tempah kek tema Barcelona. dah 2 tahun lebih hidup dengan encik suami. Memang dah masak sangat dengan minat encik suami. Beliau memang kipas-susah-mati Barcelona. Sanggup bangun pagi-pagi pukul 4-5 pagi semata nak tengok team Barcelona kesayangan beliau nih. Semuanya nak Barcelona. Jersey nak Barcelona, boxer nak Barcelona, mafla nak Barcelona, stokin pun nak sama warna dengan Barcelona, semua pun nak barcelona lah! Mencik tau!

So, berusalah cari gambar contoh-contoh kek yang ada unsur-unsur barcelona kat google. Dah carik design yang berkenan, terus order dengan Kak Huda si pembuat kek yang hebat!  Alhamdulillah, Kak Huda dapat membuat kek tersebut dengan jayanya! *tangan mengepak-ngepak sambil buat chicken dance*

Ingat nak surprise kan dengan kek je.. tapi tiba-tiba idea untuk meng-decorate-kan rumah dengan tema Barcelona datang dengan mencurah-curah  3 hari sebelum birthday encik suami. So hari-hari balik rumah lambat dari biasa. Sebab nak cari barang-barang. Bagitau encik suami, kerja banyak. terpaksa lah balik lewat. rasa berdosanya tipu encik suami. (tapi dah mintak maaf!) uhuh.  Lepas tu, barang-barang yang dah beli tu simpan diam-diam dalam kereta. Bila encik suami takde kat rumah, cepat-cepat bawak masuk dalam rumah. Kek pun cepat-cepat sorok dalam bilik. Nasib lah kek fondant, so memang tahan lah letak kat luar fridge 2-3 hari. Lepas tu terpaksa tunggu encik suami masuk tidur dulu baru keluarkan barang-barang tadi dan mulakan operasi yang dinamakan 'Operasi Mari Membarcelonakan Harijadi Bubu'. Tiga hari jugaklah operasi ini dijalankan dengan penuh berhati-hati dan tersembunyi. Risau je operasi ini dapat dihidu oleh encik suami. Akibatnya, mata menjadi semakin panda ;(((

Tepat jam 12 malam pada 8 Januari 2012, hanya nyanyi dan ucap selamat harijadi saja untuk Encik Suami. Mulanya dah plan nak bagi sebiji cupcake bentuk bola. Tapi last-last tak jadi sebab risau encik suami tahu surprise yang akan beliau dapat. so, hanya nyanyi dan wish je la. Lepas tu minta maaf sebab tak de buat plan pape. pandai tak cik isteri nih? uhuhuh ;p

Lepas solat subuh 8 Januari 2012 tu, terus berjaga nak buat final touch untuk 'Operasi Mari Membarcelonakan Harijadi Bubu'. Encik suami pula baru nak masuk tidur setelah satu malam tak tidur sebab duk kusyuk tengok bola. So biarkan je lah encik suami tidur sekejap dulu.. dia taktau tu nanti kena paksa bangun! hikss~

Lepas dah siap gantung and prepare semua, terus kejut encik suami dalam pukul 9 pagi. Kesian encik suami... Baru sejam lebih kot dibuai mimpi. Dahla kena paksa dengan si isteri  untuk pakai jersey Barcelona. Mata encik suami pulak kena tutup dengan mafla Barcelona. Encik suami ikutkan saje. huhuh... Kemudian, encik suami dipimpin  ke our living room....




jeng... jeng... jeng.....



SURPRISE !!



Happy 29th birthday, bubu!

Kawan-kawan,  haram tau tiup lilin masa sambut harijadi ni. Haram kerana amalan ini tiada dalam agama Islam tapi hanya ada dalam agama Kristian sahaja. Rasulullah S.A.W bersabda "barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golonganku" Masa ni tiada kesedaran lagi... tapi satu hari tu, mama tegur pasal ni. Terus tersedar dengan kekhilafan diri. Lepas ni tak nak tiup lilin dah! amin.

Okay. logo Barca kene tutup sebab ada seorang hamba Allah telah menegur tentang lambang salib yang terdapat dalam logo Barcalona. Sebelum ini memang tidak tahu lambang itu adalah salib. bila dapat komen tersebut, terus tergerak hati mahu google history of Barca's logo. and yes, lambang T warna merah dalam logo Barcalona diambil dari lambang cross St George, seorang catholic. Terima kasih kepada hamba Allah yang menegur tentang hal ini. dan saya juga dapat ilmu baru mengenai asal-usul lambang tersebut yang turut diguna pakai untuk bendera Georgia, Sweeden, New South Wales, Sardinia dan banyak lagi.
Ni kerja last minute.
Alhamdulillah, sangat berpuas hati dengan hasil tangan sendiri.  ;)


Beautiful Barcelona cake made by  
Memang selalu order kek and cupcake dengan Kak Huda. Kek dia semua
memang sangatttttt... SEDAP!



:):):):):):)

Priceless expression.
Ini muka tidur sejam setengah lepas tu kena paksa bangun tidur 
dan kena paksa pakai jersey Barcelona.
Muka kasihan betul! 
tihehehe~

Tapi beliau memang tak sangka betul cik isteri beliau ni nak buat surprise dengan theme Barcelona ni. Sebab selalu cik isteri duk kutuk-kutuk Barcelona je. uhuh ;p



Sekian, terima kasih.
Assalamualaikum wbt :)

Thursday, January 19, 2012

Seronoknya join make up class ni !!

Assalamualaukum peeps...

Phewhhh.. Lama gila saya tak update blog kan.. Korang rindu tak? Rasa kehilangan tak?? Tak???? Elehhh.. Tipuuuuu kannn... Aitu ramai je yang tanya bila nak update blog... Haaa.. Lagi tamau ngaku. Kan da kantoi... uhuhhhhh.. Gila perasan minah sorang ni kan.. Orang kurang kasih sayang camni arr.. Nak jugak menumpang kasih dengan korang. lama sangat tak bermanja.... *sobs*

Lama menghilang bukan apa.. Saja nak cari ketenangan dan kedamaian jiwa.. Ecehhhwahhhh.. ketenangan dari dunia maya ini. Dulu kalau online memang agak kronik ya sampai susah nak kawal. Bila habis kerja dan sesampai je  kat rumah, terus terkam laptop. Tudung semua tak bukak lagi terus nak online! Bau masam badan pun dah tak kesah dahh.  Encik suami hanya geleng kepala. Kalau lepas update blog lagi la tak sabar-sabar nak balik rumah. tak sabar sebab excited nak baca comment readers. Kesian gila kan la time dulu ;(((. Tapi sekarang..... Alhamdulillah..... Boley jek bersuka ria tanpa rasa tiada apa yang tak kena walau tak online 2-3 minggu. SYABAS Cik Puan Nadia Bayu! *bangga sambil hidung kembang kempis* kalau saya boleh, anda juga pasti boleh! eh tetiba pula.

Baiklah. Hari ni saya nak update pasal mekap. Tak sabarrrr nak cerita nih! ;p. Pada 11 December 2011 yang lepas, saya dengan rela hati telah menjoinkan diri dalam satu personal make up class by Anna Ismail. Anna Ismail ni merupakan my unimate dan dia memang sangat sangat talented dalam bidang andam-mengandam ni. 

Tapi bukan saya seorang sahaja yang join tauuuu tapi turut juga dihadiri oleh saudari Zurin Haniran dan juga saudari Aishah Amin. Sepatutnya ada seorang lagi tapi last minute beliau terpaksa tarik diri atas sebab tertentu. So tinggallah kami bertiga. Waktu kelas adalah dari jam 10 pagi - 5 petang. Rasa macam lama sangat kan? Tapi seriously, rasa sekejap gila tau. Kalau boleh, memang sanggup belajar dari pagi sampai malam. biar tok laki meroyan sorang-sorang kat umah. muehehehe...

Banyak benda baru yang saya pelajari dari kelas ini. Belajar cara-cara nak pakai foundation dengan betul, teknik shading, teknik blend eye shadow, jenis-jenis brush dan macam-macam lagi la. Korang kalau nak tau dengan lebih lanjut, kena lah join class ni. Sangat-sangat enjoyy! memang sangat berbaloilah.

Jom cekidaut gambar-gambar sepanjang kelas make up ni berlangsung...

Korang jangan risau. jangan gundah gulana. Segala barang mekap, berus bagai ada disediakan. 
Anna Ismail has a huge collection of make ups. 
Jadi, anda hanya bawa diri ya. Dan jangan lupa pen dan kertas. 
Kalau tak da pen dan kertas, boleh mintak dekat Anna Ismail juga.
Tapi kalau tak ada duit, jangan memandai nak mintak dekat Anna Ismail. 




Mari lihat hasil kerja tangan anak-anak murid Anna Ismail...


Awwwww... i loikeeeee this look so muchhhhh!!
Nampak sangat-sangat soft kan.
Cantik. Cantik. Cantik.
Kalau mekap camni untuk wedding pun sangat sesuai kan.
Suka. Suka. Suka.


This look pun sangat sangat cantik. Nampak sangat hot n sexyyyy! ;p
Mata Aishah Amin ni memang tersangatttt sangat cantik.
Subhanallah. 



I've requested brownish make uplook. Nak ala-ala Mila Kumis la. Eh Kunis.
First time mekap camni. And part paling best, hidung nampak kecik sikit kan.
kan kan kan?
(T_T)

Meet Kaashif, the mirror lover. Suka sangat tengok cermin en Kaashif ni.
Tapi he's such a happy and cheerful baby. Asik nak gelak je.
Dah la baikkkkk sangatttt. geram gile.
Paling tak tahan tengok peha
kfc tuhhhh..
menggiurkan sungguh!!




Bila dah habis belajar, haruslah buat photoshoot session
dengan hasil tangan masing-masing.. ;p









Sesiapa yang interested nak belajar mekap atau nak cari MUA untuk any function macam engagement ke, wedding ke, dinner, photoshoot, jangan malu-malu untuk contact Anna Ismail ye. Kalau nak book untuk wedding pun better cepat-cepat sebab ramai gila yang nak guna her service. Insya Allah korang akan sangat berpuas hati  :)



Okay, I'm done with my update for today. 
Thanks kawan-kawan yang sudi baca entry ini.



(iaitu ) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah (zikrullah). Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram." 
(Ar-Ra'd: 28).

Semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dirahmatiNYA.
AMIN.

Sunday, November 13, 2011

Nak feeling ala-ala model Muslimah kejap


Assalamualaikum ...


Hai semua. howargghhhhhh lama betul saya tak update blog kan. selalu ingat kat blog tapi tak sempat nak update. ;((( *sigh*

Entry kali ini pendek saja. Just nak perkenal kan satu blogshop yang menjual Muslimah collections yang sangat cantik. Meh meh jemput terjah 'N' Legacy Collections (formerly known as MirYaa Collections). LIKE page ni beramai-ramai joms!!

Cantik gila jalabiya ni kan. Kain sangattt sejuk. Jenis berat dan jatuh. Sedap sangat pakaiiii tauu!



tu je nak bitau.. ;p

Assalamualaikum

Monday, October 03, 2011

21 hari lagi




Senyummu adalah bahagiaku..
Ceriamu adalah dambaku..
Gelisahmu adalah kebimbanganku..
Air matamu adalah kesedihanku..
Kau pelipur lara dukaku..
Kau pengiring suka citaku..
Bersama kita dalam hari-hari keberkahan..
Ikatan ini berawal dari hati atas nama cinta..
Jalinan ini bermula dari rasa atas nama sayang..
Pertautan ini berasal dari angan atas nama rindu..
Sungguh ini adalah cinta, sayang, dan rindu..
Cinta, sayang, dan rindu atas nama pengabdian kepada Rabbul Izzati..
Malam ini bintang bersinar cinta, bulan tersenyum sayang, angin mendesir rindu..

Wahai bintang, bulan dan angin..
Sampaikanlah salam cinta, sayang, dan rinduku kepadanya..
Sungguh Aku Sangat mencintaimu karena Allah




;)

 (puisi ihsan dari pacik google...)





21 hari lagi untuk *teeeettttttt* 
korang cepat teka! uhuh ;p 
tengah pening nak buat apa ni

Wednesday, September 28, 2011

Baru nak buat entry raya. boleh gitu?

Assalamualaikum semua....

Lamanya saya tak update kan. lama gila tak terjah blog sendiri. blog kawan-kawan apatah lagi. ;( maafkan saya ya kawan-kawan. Ceyyy.. Bajet macam la ada orang nak baca blog picisan saya ni. Kalau tak update pon macam la korang heran kan. Siapalah saya di hati anda.... ;(    *terus lari masuk bilik lalu menangis kuat-kuat sambil tekup muka dengan bantal* kantoi dulu-dulu time budak sekolah penah buat macam ni. Uhuh.

Hari ini merupakan Syawal yang terakhir dalam tahun ini. Tapi hari ini saya baru terhegeh-hegeh mahu buat entry raya.  sungguh lembab mengalah suster ngesot. boleh lagi ke ni nak ucap selamat hari raya ????

Tapi saya tak kiraaa!! Walau sudah lambat amat, saya tetap ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, kawan-kawan! tapi saya agak sedih.. sedih sebab masih tak dapat puasa full untuk tahun ini ;( belum rejeki. baru verangan nak puasa penuh..... kawan-kawan ada yang sudi nak share tips tak? Maaf sebab saya dan suami agak noob. boleh tak gitu?? muahehehehe ;p

Tahun ni, feel raya lain sikit. Sebab first time beraya berjauhan dengan mama dan abah. Malam raya nangis. Pagi raya time telefon mama pun nangis. Encik suami kata tak malu dah besar pun nak nangis-nangis lagi. Lepas tu si isteri asik kena ejek dengan si suami sebab nangis jauh dengan mama abah. Bencilahhhhhh!

Btw, di sini saya ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki andai selama saya berblogging ini, saya ada termengguriskan hati sesiapa, terkecikkan hati, terbuat tersalah cakap, tersalah tulis, termarah-marah, termengumpat, tertak balas email, tertakbalas komen kat fb kat blog...dan semua ter-ter la. memang tak sengaja. kalau sengaja pun, nak mintak maaf juga. Heeee. Manusia kan. memang tak lari dari melakukan kesalahan. lebih lebih lagi saya yang sangat cepat emosi dan kadang kala sangat tak pandai menjaga hati dan perasaan orang sekeliling. Maafkan saya ya. marilah kita sifar mengsifar bersama-sama. 0-0 gitu. setuju? Oh saya juga ingin memohon maaf bagi pihak Khaylaa Hijab andai selama kami berkecimpung dalam dunia bisnes ini, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan kami. Sesungguhnya pengalaman mendewasakan kami dan kami akan cuba dan terus mencuba untuk memberikan yang terbaik untuk pelanggan kami :) 

Okay. Tamat sesi bermaaf-maafan. Sekarang kita beralih ke sesi bergambar pula. Sesi ni mak palingggggggggg sukeee! selain sesi makan! harap maklum ;p. Kalau korang nak tau, sesi fotografi ini berlangsung pada hari raya yang ke lima ya. Raya pertama, gambar hanya beberapa keping sebab sibuk beraya di rumah sanak saudara dari pagi sampai malam. Oleh disebabkan beraya di rumah saudara belah encik suami, jadi saya malu untuk mengeluarkan perangai sebenar yang cepat menngeletis bila ternampak kelibat kamera. oppppssss. macam tak biasa kan ;p. Raya kedua pula tidak kemana-mana jadi hanya berseluar trek dan berbaju t sahaja di rumah. Bila balik kuantan pada raya ketiga, mama tiba-tiba memberikan satu idea yang cukuppppppppppp cukupppppp bernas. Mama ajak buat photoshoot raya satu family pada raya kelima. Hoyeahhhhh. Memang saat inilah yang dinanti-nantikan oleh insan camwhore seperti saya *blushing* ;p

Jom layan gambar yang melembang......

Mumu mintak maaf banyak-banyak ya bubu. Mumu banyak buat dosa dengan bubu.
hari tu tak sengaja terkentut kat atas peha bubu.
Kesian bubu tiba-tiba terkejut sebab rasa ada benda vibrate atas peha.
Tak senonohnya la isteri bubu ni.
oh kenapa mesti membuka pekung di khalayk ramai begini. oh tidak!!
mari lupakan apa yang telah saya ceritakan sebentar tadi.
ok.
dah lupa kan??
Kena mintak maaf banyak-banyak kali sebab banyak buat dosa dengan encik suami.... ;(

Mama tukang buat love. shomellllllll ;)




 Family abang dengan mama and abah  





Mama and Si Bulat

Abah and Danish the bulat. Maksu rindu kat si bulat ni lah!



Fatin yang makin ayu dan pemalu. ececece.



Terima kasih dengan kebahagiaan ini, Ya ALLAH :)



itu saja for now.... 
babai korang...



terima kasih sudi jenguk blog saya yang makin dilupai ini ya ;)